8 April 2025 - Sesi temu duga bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Sesi 2025–2028 telah bermula hari ini sehingga 10 april 2025, ia melibatkan calon-calon yang menerima surat panggilan rasmi daripada pihak Darul Quran.
Temu duga dijalankan serentak di kampus induk Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, serta di Zon-Zon temu duga yang ditetapkan di seluruh negara. Proses ini bertujuan menilai tahap penguasaan hafazan serta kebolehan asas qiraat setiap calon, sebagai syarat utama kemasukan ke program berkenaan.
Keputusan rasmi temu duga akan diumumkan melalui laman Facebook rasmi Darul Quran JAKIM dalam masa terdekat.













