Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
21-23 April 2025 / De Baron Resort, Langkawi, Kedah

Alhamdulillah telah berlangsung Kursus Kompetensi Penceramah Modul Pascaperkahwinan Islam JAKIM 2025 pada 21-23 April 2025 (Isnin-Rabu) di De Baron Resort, Langkawi, Kedah. Antara objektif kursus ini adalah untuk melahirkan   pasukan   penceramah yang   berkemahiran, kompeten, berdedikasi dan berkaliber sehingga dapat merealisasikan hasrat objektif modul Kursus Pascaperkahwinan Islam kepada peserta kursus di seluruh Malaysia.

Kursus yang dihadiri oleh seramai 59 orang penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam seluruh Malaysia terdiri daripada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam dan Kaunselor Jabatan Agama Islam Negeri, pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan  Malaysia, Kor Agama Angkata Tentera (KAGAT), Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pegawai. Para peserta telah diberi pendedahan maklumat oleh para Master Trainer Modul Pascaperkahwinan Islam berkaitan pengisian kandungan Slaid Ceramah bagi 3 slot ceramah yang terdiri daripada tajuk Motivasi dan Pengurusan Psikologi yang disampaikan oleh Puan Yuhaniz binti Mohd Yusop dari JAKIM, Pengurusan Stress Melalui Ibadah Dalam Rumah Tangga oleh Tuan Muhamad Asri bin Abd Razak dari Jabatan Agama Pahang dan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr. Nurfhadilah binti Ludin dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, bagi memantapkan persembahan ceramah, mereka juga turut dilatih dengan kemahiran aktiviti energizer dalam ceramah oleh Perunding Latihan Modal Insan, YBrs. Tuan Mohd HairulzaĆ­m bin Md Zin atau lebih dikenali sebagai Zaim Zin.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Pada akhir program setiap peserta telah dianugerahkan Sijil Kursus Kompetensi Penceramah dari JAKIM sebagai tanda pengiktirafan sebagai penceramah Kursus Pascaperkahwinan Islam JAKIM.

Tahniah kepada semua peserta yang sangat komited mengikuti semua aktiviti dari awal hingga akhir kursus. Diharapkan semua penceramah dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya dalam mengurangkan konflik rumahtangga di kalangan pasangan suami isteri.

ksk1

ksk2

ksk3

ksk4

ksk5

ksk6

ksk7

ksk8

ksk9

ksk10