Kurator Berita : Darul Quran

Machang, 9 Ogos 2025 – Darul Quran JAKIM telah menyertai pameran sempena Ijtima’ Madani Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang, Kelantan.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dan menghimpunkan pelbagai institusi serta agensi berkaitan agama, pendidikan dan masyarakat.

Reruai Darul Quran menarik perhatian ramai pengunjung, khususnya mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian al-Quran dan hafazan yang ditawarkan.

Pada pameran kali ini, Darul Quran turut berkongsi ruang pameran bersama Bahagian Pendidikan JAKIM, sekali gus memperkukuh usaha penyebaran maklumat serta promosi program pendidikan Islam kepada masyarakat.

Darul Quran Sertai Pameran Sempena Ijtima Madani Ulama Dan Guru Pondok Kelantan 01

Darul Quran Sertai Pameran Sempena Ijtima Madani Ulama Dan Guru Pondok Kelantan 02

Darul Quran Sertai Pameran Sempena Ijtima Madani Ulama Dan Guru Pondok Kelantan 03

Darul Quran Sertai Pameran Sempena Ijtima Madani Ulama Dan Guru Pondok Kelantan 04