MELAKA, 5 OGOS 2025 –Bagi mengembangkan program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB), Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan lawatan tapak ke KPM Bandar Melaka hari ini sebagai sebahagian daripada proses penilaian bagi permohonan menjadi Pusat Pembelajaran Bertauliah (PPB) Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB).
Rombongan yang diketuai oleh Pengarah Darul Quran JAKIM, Tuan Haji Mohd Ansarullah Bin Mohd Hashim tiba di KPM Bandar Melaka pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Puan Siti Aminah Binti Abdul Kadir ,Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT), Tuan Mohd Zan Bin Mohd Yusuf, Pengarah KPM Bandar Melaka bersama barisan pengurusan institusi.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menilai tahap kompentensi guru tahfiz, meninjau kemudahan infrastruktur selain membincangkan proses pelaksanaan SPHB.
Kerjasama ini diharap akan menjadi pemangkin dalam melahirkan huffaz teknokrat yang berkualiti, bersistematik dan diiktiraf di peringkat kebangsaan.







