PUTRAJAYA, 22 Sept - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Imam Yahya Pallavicini, Timbalan Presiden Kesatuan Komuniti Islam Italy (COREIS) bersama delegasi beliau di Kompleks Islam Putrajaya.
Kunjung hormat ini merupakan jaringan awal yang dibina di antara JAKIM selaku agensi peneraju hal ehwal Islam di Malaysia dengan COREIS dan EULEMA, iaitu Majlis Pemimpin Agama Islam di Eropah. Perbincangan tertumpu kepada pengukuhan hubungan dua hala di antara komuniti Muslim di Malaysia dan di Benua itu, selain meneroka bidang kerjasama baharu yang boleh dilaksanakan.
Delegasi dari Italy itu disambut baik oleh Tuan Bukhari bin Md Akhir, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM bersama wakil-wakil daripada beberapa Bahagian di JAKIM.
#JAKIMUntukUmmah


