Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
Kuala Lumpur, 17 September – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan 15th Halal Certification Bodies Convention (HCBC) pada 16 hingga 17 September 2025. Konvensyen bertaraf antarabangsa ini menjadi platform utama memperkukuh jaringan kerjasama antara badan pensijilan halal seluruh dunia.

Bertemakan “Menyemarakkan Kecemerlangan, Merapatkan Halal Sedunia”, konvensyen ini menghimpunkan wakil daripada badan pensijilan halal luar negara, penggiat industri serta pakar teknikal bagi membincangkan isu-isu semasa, cabaran serta peluang dalam memartabatkan ekosistem halal global.
Penganjuran kali ke-15 ini menekankan kepentingan keseragaman standard halal, jaminan integriti pensijilan serta inovasi dalam industri makanan, farmaseutikal, kosmetik, logistik dan pelbagai sektor lain yang berkaitan. Ia sekali gus membuktikan pengiktirafan antarabangsa terhadap Malaysia sebagai peneraju utama halal dunia.

Lapan sesi perbincangan utama, bengkel teknikal, dan forum eksekutif turut diadakan sepanjang konvensyen ini bagi meningkatkan kapasiti serta kepakaran badan pensijilan halal. Selain itu, ia juga membuka ruang kepada perkongsian pengalaman dan amalan terbaik antara negara-negara peserta.
Dengan penyertaan badan pensijilan halal dari seluruh pelosok dunia, 15th HCBC 2025 menjadi landasan penting dalam memperkukuh kedudukan industri halal sebagai piawaian global yang diyakini serta diterima masyarakat antarabangsa.

menyemarakkan kecemerlangan GHaS 01

menyemarakkan kecemerlangan GHaS 02

menyemarakkan kecemerlangan GHaS 04

menyemarakkan kecemerlangan GHaS 03

menyemarakkan kecemerlangan GHaS 05

menyemarakkan kecemerlangan GHaS 06