Pengurusan Tertinggi JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap aspek pembangunan fizikal Darul Quran. Pada hari ini, YBhg. Dato' Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), telah turun padang untuk melihat sendiri prestasi pelaksanaan projek Pembinaan Blok Asrama dan Blok Akademik Darul Quran JAKIM.
Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran, Encik Muhammad Afifuddin bin Mohd Zohdi, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan JAKIM, pegawai Pasukan Projek Persekutuan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya dan pegawai Darul Quran.
Pihak kontraktor, Kelola Handal Sdn. Bhd. telah memberi taklimat berkenaan status terkini kerja-kerja di tapak bina yang dianggarkan pada tahap 90 peratus. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan Februari 2026.
Adalah diharapkan blok baharu ini akan memberi keselesaan buat warga Darul Quran dalam melaksanakan aktiviti Pelajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan.







