Kurator Berita : Darul Quran

6 Januari 2026 – Darul Quran telah menerima kunjungan Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Agama Negeri (SAN) Sabah dalam satu lawatan penanda aras yang bertujuan mendapatkan idea serta pandangan berkaitan silibus pembelajaran dan penyelarasan kurikulum pendidikan agama.

Delegasi lawatan diketuai oleh Ustaz Awang Juri bin Ag Tahir, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Turut serta ialah Ustaz Sabran Zabur bin Abd Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan SAN Balung, Tawau, bersama beberapa orang ahli delegasi lain.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Darul Quran, bersama pegawai-pegawai kanan Darul Quran.

Menurut pihak delegasi, lawatan ini bertujuan untuk menimba pengalaman serta mendapatkan input berhubung pelaksanaan silibus pembelajaran dan kaedah penyelarasan kurikulum yang dilaksanakan di Darul Quran. Idea dan maklumat yang diperoleh akan dijadikan rujukan penting dalam perancangan pembinaan baharu Sekolah Agama Negeri Apas Balung, Tawau, Sabah.

Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan agama serta membantu melahirkan sistem pembelajaran yang lebih tersusun, berkualiti dan selaras dengan keperluan semasa pendidikan Islam di negeri Sabah.

Kunjungan Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Agama Negeri Sabah Ke Darul Quran 01

Kunjungan Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Agama Negeri Sabah Ke Darul Quran 02

Kunjungan Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Agama Negeri Sabah Ke Darul Quran 03

Kunjungan Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Agama Negeri Sabah Ke Darul Quran 04

Cabaran Cuti Sekolah: Misi 'Topup' Hafazan 5 Juzuk!

Adakah anda berani sahut cabaran ini?
Semasa kawan lain sibuk tidur atau bermain, ambil peluang ini untuk jadi luar biasa. Modul ini bukan sekadar jadual bacaan, tetapi sebuah Protokol Misi. Misi anda: Selamatkan juzuk yang telah dilupakan.
Hari 1-8: Kita buat "Operasi Penyelamat" untuk juzuk yang kritikal.
Hari 9-21: Kita serang Juzuk 4 secara intensif.
Hari 22-38: Misi terakhir menawan Juzuk 5.
Hanya 2 jam sehari. Ikuti teknik Muqassam dan Jamai' yang diajar dalam panduan ini. Jangan kembali ke asrama dengan tangan kosong. Kembali dengan 5 juzuk yang mutqin!
Sedia untuk bermula? Semak warna juzuk anda sekarang!
bahan dalam bentuk powerpoint boleh diperoleh di: https://www.researchgate.net/.../398983237_Transformasi...

Kunjungan Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Agama Negeri Sabah Ke Darul Quran 05

Kunjungan Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Agama Negeri Sabah Ke Darul Quran 06