26 Feb. 2026, Putrajaya – Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee telah mempengerusikan bersama Ketua Setiausaha KPN, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Mesyuarat tersebut menjadi platform penting dalam menyelaraskan gerak kerja teknikal demi memastikan keharmonian antara penganut agama di Malaysia terus terpelihara di bawah payung Perlembagaan Persekutuan. Turut hadir bagi mesyuarat tersebut iaitu YBhg. Tuan Haji Dr. Mohamad Kori Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah Dasar, JAKIM.
JAKIM kekal komited sebagai agen perpaduan, bekerjasama erat dengan KPN dan agensi strategik seperti IKIM bagi memastikan kestabilan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini kekal utuh.
"Keharmonian Adalah Tanggungjawab Bersama"


