Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat

Sungai Petani, 8 Mac 2026 - YB Dr Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir menyantuni Majlis Iftar Ramadan Madani (IRAMA) Peringkat Negeri Kedah 2026 bertempat di Dataran Masjid Al-Ikhlas kariah Pulau Sepom Sg Petani, Kedah menerusi kerjasama Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan bersama JAKIM.

Majlis dimulakan dengan Majlis Khatam Tadarus Al-Quran anjuran kerjasama Rakan Muda dengan belia-belia sekolah.

Selain turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengunjung seramai 1000 orang yang terdiri daripada guru-guru takmir, guru-guru KAFA, imam-imam, pegawai masjid dan golongan asnaf serta komuniti setempat. YB Menteri juga turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf melalui Peruntukan Tabung Musaadah JAKIM (RM 10,000) telah disalurkan kepada 100 orang penerima.

Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah YB Tan Seri Dato' Dr. Johari bin Abdul, Yang Di Pertua Dewan Rakyat, YB Dato' Ustaz Mohd Azam bin Abd Samad, Exco Agama Negeri Kedah, Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM, Ketua Pengarah IKIM, Professor Madya Dato' Dr Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Puan Azura binti Haji Sarbin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, dan Tuan Haji Zainul Jamal bin Abdul Ghani KPP Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK.

Majlis Iftar Ramadan Madani IRAMA Peringkat Negeri Kedah 01

Majlis Iftar Ramadan Madani IRAMA Peringkat Negeri Kedah 02

Majlis Iftar Ramadan Madani IRAMA Peringkat Negeri Kedah 03

Majlis Iftar Ramadan Madani IRAMA Peringkat Negeri Kedah 04

Majlis Iftar Ramadan Madani IRAMA Peringkat Negeri Kedah 05