20 APRIL 2026M | 2 ZULKAEDAH 1447H | JAKIM, PUTRAJAYA
Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti melalui Cawangan Pembangunan Keluarga telah menganjurkan Bengkel Latihan Pengguna Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) Modul Khidmat Nasihat khusus bagi perkhidmatan KSKCareCentre, Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK). Latihan kali ini melibatkan 30 penyertaan dalam kalangan fasilitator dan petugas KSKCareCentre@MTMZA JAKIM, KSKCareCentre Masjid Puncak Alam Selangor, KSKCareCentre Kolej Darul Hikmah, KSKCareCentre Jabatan Agama Islam Johor, KSKCareCentre Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, KSKCareCentre Jabatan Agama Islam Melaka, PKKSK Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan PKKSK Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
Penganjuran bengkel latihan ini sejajar dengan hasrat digitalisasi perkhidmatan ke arah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Para peserta diberi penerangan tatacara penggunaan SPPIM bermula dari proses menerima aduan sehingga penyediaan laporan. Simulasi penggunaan sistem turut dilaksanakan bagi memantapkan kemahiran para peserta.
Semoga usaha ini dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat di KSKCareCentre, PKKSK dan mengurangkan kebergantungan kepada proses manual serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya.









