Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI 2023-2027 atau dikenali sebagai Pelan Transformasi Al-Falah (PTF) merupakan dokumen panduan yang dinamik dalam menetapkan hala tuju 14 agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara terancang dan bersasar bagi mencapai objektif dan sasaran untuk tempoh lima (5) tahun. PTF ini digubal selaras dengan visi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjadi peneraju pengurusan hal ehwal Islam dan kesejahteraan Malaysia MADANI.

PTF ini dirangka dan dihasilkan selari dengan perubahan semasa dasar Kerajaan dan pendekatan baharu melibatkan Malaysia MADANI, Maqasid Syariah, Agenda Pembangunan Mampan 2030, Pelan Anti Rasuah Nasional serta lain-lain dasar yang berkaitan. Perkara ini adalah penting bagi memastikan penyelarasan dan kesinambungan yang holistik dan berkesan ke arah mengoptimumkan keberhasilan program. Bagi merealisasikan visi JPM HEA, sebanyak 5 Teras Strategik telah dirangka berpacukan 5 Nilai Bersama seperti ringkasan di bawah:

5 Teras Strategik:
  • Pentadbiran Islam Mampan
  • Kesejahteraan Insan
  • Kemuliaan Syariah
  • Kepimpinan Berdaya Cipta
  • Kehormatan Institusi Islam
5 Nilai Al Falah:
  • Ilmu
  • Integriti
  • Itqan
  • Istiqamah
  • Ikhlas
Pelaksanaan PTF ini dipantau secara berkala melalui mekanisme yang telah ditetapkan. Dalam tempoh pelaksanaan tersebut, penilaian dan kajian semula akan dibuat bagi memastikan strategi, program dan tahap pencapaian sasaran lebih berkesan seterusnya mencapai keberhasilan yang digariskan.