jata negara small

KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

BERKENAAN

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)
ANTARA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) DAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) JAKIM dan USIM bagi pelaksanaan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah Dengan Kepujian USIM secara francais di Darul Quran. Majlis ini diadakan pada hari ini 15 Mac 2023 di Aras 9, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

2. Bagi pihak JAKIM, dokumen MoA ini ditandatangani oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff di hadapan Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Sementara bagi pihak USIM pula ditandatangan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin bin Md Shaarani di hadapan Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM, Prof. Madya Dr. Mohd Zuhdi bin Mohd Amin.

3. Program kerjasama antara USIM-Darul Quran ini telah bermula sejak tahun 2009 lagi dan Majlis MoA pada hari ini merupakan penyambungan perjanjian antara kedua institusi memandangkan tempoh perjanjian sebelum ini telah tamat.

4. Sehingga kini, Darul Quran JAKIM telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah institusi di seluruh Malaysia mengikut program pengajian sebagaimana berikut:

A. PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN & AL-QIRAAT:
    1. Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Pahang;
    2. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MAIK) Kelantan;
    3. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak;
    4. Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) Kedah;
    5. Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN);
    6. Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS);
    7. Institut Pengajian Islam (INSPI) Kemaman;
    8. Kolej Al-Quran Sayyidina Ali Melaka (KAQSA);
    9. Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS); dan
    10. Maahad Tahfiz Al Quran Wal-Qiraat Addin, Tapah.

B. PROGRAM PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN:
    1. International Islamic University Malaysia (IIUM);
    2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN);
    3. University of Cyberjaya (UoC);
    4. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM);
    5. Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam;
    6. Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang;
    7. Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi (IPG KPI); dan
    8. Management and Science University (MSU).

C. PROGRAM IJAZAH
    1. Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir;
    2. Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia;
    3. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
    4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
    5. Universiti Teknologi MARA (UiTM).

5. Syabas dan tahniah kepada JAKIM khususnya Darul Quran kerana telah berjaya menjadi model contoh yang baik dalam pendidikan tahfiz di Malaysia khususnya yang bersifat arus perdana.

6. Justeru sebagai sebuah institusi pendidikan tahfiz yang terulung di bawah kerajaan persekutuan, Darul Quran JAKIM sentiasa membuka ruang untuk mana-mana pihak bekerjasama ke arah memartabatkan pendidikan tahfiz di negara ini.

Sekian,

YB SENATOR DATO' SETIA DR. HAJI MOHD NA'IM BIN HAJI MOKHTAR
15 Mac 2023