
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT UNTUK KESELAMATAN MASJID AL-AQSA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT PALESTIN
Bil. 47/2025
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menzahirkan rasa dukacita dan kebimbangan terhadap perkembangan terkini yang mengancam maruah serta keselamatan Masjid al-Aqsa, susulan laporan mengenai risiko keruntuhan akibat kerja-kerja penggalian agresif oleh rejim Zionis Israel di sekitar Kota Lama Baitulmaqdis.
2. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini telah membuat penyelarasan bersama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan mengarahkan semua masjid dan surau di bawah pengurusan JAKIM mahu pun JAWI untuk melaksanakan Solat Hajat dan doa munajat secara khusus selepas Solat Jumaat hari ini, sebagai menyahut sepenuhnya seruan YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), demi memohon perlindungan Allah SWT ke atas Masjid al-Aqsa dan keselamatan rakyat Palestin yang terus dizalimi.
3. Solat Hajat dan doa munajat ini akan diadakan secara serentak sebagai manifestasi solidariti dan kebersamaan umat Islam Malaysia dalam mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa serta mendukung perjuangan rakyat Palestin.
4. Semoga usaha ini menjadi nyalaan doa yang tidak pernah padam, memperteguh ikatan hati umat Islam seluruh dunia, dan menjadi asbab turunnya pertolongan Allah SWT untuk membebaskan Masjid al-Aqsa serta mengangkat penderitaan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
DATO’ DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
24 OKTOBER 2025M / 2 JAMADILAWAL 1447H
FB: https://www.facebook.com/share/p/19qeziwXiz/?mibextid=wwXIfr
IG: https://www.instagram.com/p/DQLB1qFkjKF/?igsh=MTkyc3FpeW5laHps
X: https://x.com/myjakim/status/1981524272301703317?s=46&t=XDG0T46SXJyQBXwgRdaZBQ
Threads: https://www.threads.com/@myjakim/post/DQLCtMWk2w4
Telegram: https://t.me/myJakim/8705
Saluran WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029VbA3GZcKGGGDHpUNzS03