Kurator Berita : Bahagian Dakwah

Jakim melalui Cawangan Dakwah Khas, Bahagian Dakwah dan Bahagian Media telah mengadakan Kursus Pembangunan Imej Daie di Aras 1 & 2 Bahagian Media Jakim pada 12 dan 13 September 2017. Kursus ini dianjurkan bagi melahirkan para pendakwah dalam kalangan Orang Asli dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Objektif utama kursus ini adalah untuk melahirkan ikon-ikon pendakwah dalam kalangan Orang Asli, memberi pendedahan dan latihan dalam medium dakwah secara teori dan amali, mencungkil bakat yang boleh diketengahkan supaya dapat mencapai tahap keyakinan berdakwah menerusi media elektronik serta mempelajari cara-cara dan teknik berdakwah dengan betul.

Seramai 22 orang peserta yang terpilih telah mengikuti kursus ini yang dipimpin oleh al-Fadhil Dr Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan al-Fadhil Dr Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Hubungan Pelajar) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Pagoh.
 
Kursus imej daie2017 1
 
Kursus imej daie2017 2
 
Kursus imej daie2017 3
 
Kursus imej daie2017 4
 
Kursus imej daie2017 5
 
Kursus imej daie2017 6
 
Kursus imej daie2017 7
 
Kursus imej daie2017 8
 
Kursus imej daie2017 9
 
 Kursus imej daie2017 10