PERSIDANGAN JAWATANKUASA BERTINDAK (FOCAL POINT) MENANGANI GEJALA SOSIAL BIL.6 TAHUN 2016
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Persidangan Focal Point Menangani Gejala Sosial Bil.6 bagi tahun 2016 pada 16-17 Mac 2016 bertempat di Concorde Inn KLIA. Persidangan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna Insan Jakim.

YBhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna Insan Jakim Mempengerusikan Persidangan

Puan Sabariah binti Salleh sedang membentangkan Mekanisme Pelaksanaan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender

Us Saiful Azhar Saadon (perkongsian makluman berkaitan program LGBT
Persidangan dimulakan dengan ucapan aluan TKPI , melihat laporan persidangan Jawatankuasa Bertindak (Focal Point) Menangani Gejala Sosial Kali Ke-5/2015, membincangkan kertas berkaitan cadangan untuk melihat mekanisme pelaksanaan dan pemantauan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender .. Seterusnya dalam persidangan ini juga membincangkan konsep untuk membangunkan modul rawatan dan pemulihan kepada golongan kecelaruan gender. Pembangunan modul ini merupakan salah satu dari strategi untuk menangani gejala sosial sebagaimana yang tercatat dalam Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender telah digubal oleh Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), KPWKM, LPPKN, KKM, ahli-ahli akademik dan NGOs Islam bagi membolehkan peranan yang lebih berkesan dan proaktif dalam membenteras masalah-masalah sosial khasnya isu kecelaruan gender yang melibatkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).



Ahli persidangan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang mewakili Jabatan Agama Islam Negeri, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam , badan bukan kerajaan dan bahagian-bahagian di Jakim.
