Pada 04 Mei 2017 telah berlangsung Seminar Wanita Cakna Isu Semasa di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Panel Isu-isu Semasa Wanita Islam, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Ihtimam Malaysia. Tema yang diangkat pada seminar kali ini adalah "Sinergi Wanita Islam Masa Kini".
Program ini diadakan bertujuan
-
memberi pengetahuan dan maklumat yang benar kepada golongan wanita supaya cakna terhadap isu-isu semasa dan kedudukan wanita islam berlandaskan syariat islam yang sahih berdasarkan aliran ahli sunnah a al-Jamaah.
-
Perkongsian ilmiah yang bersifat intelektual bagi membangun nur sakinah dalam pembentukan keperibadian wanita islam sejati;
-
Melahirkan golongan wanita yang cakna dengan isu-isu semasa berkaitan wanita islam khususnya di Malaysia dan amnya di peringkat antarabangsa; dan
-
Mewujudkan jaringan hubungan antara ahli PISWI dengan masyarakat umum dalam usaha memastikan penyampaian dakwah di semua peringkat masyarakat.
-
Untuk menjelaskan kekeliruan isu semasa di kalangan wanita islam
Seminar pada kali ini telah dihadiri oleh hampir 600 orang peserta yang terdiri daripada ahli PISWI, pengurusan tertinggi wanita dari kementerian / jabatan kerajaan Malaysia, pensyarah institusi pengajian awam, mahasiswa dan mahasiswi universiti awam, ahli PUSPANITA, pertubuhan bukan kerajaan wanita dan lain-lain persatuan wanita islam.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna Insan Jakim yang baharu iaitu YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar. Turut hadir ketika majlis perasmian YBhg Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan YBhg. Ustaz Halim bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jakim.
Antara pembentang-pembentang yang menjayakan seminar adalah seperti berikut :
Tajuk : Wanita Islam dan Cabaran Kepimpinan.
Oleh : YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Zaleha binti Kamaruddin,
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Tajuk : Ancaman Liberalisme dan Feminisme Dalam Pensyariatan Wanita Islam
Oleh ; YBhg. Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim binti Mokhtar
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Akademik)
Universiti Sains Islam Malaysia
Tajuk : Impak Media Massa Kpeada Wanita Islam
Oleh : YBhg. Tuan Haji Izelan bin Basar
Ketua Pegawai Eksekutif
TV Al-Hijrah
Penyampaian yang santai dan bersahaja dari semua pembentang membuatkan peserta seminar lebih selesa untuk tampil bertanyakan soalan. Seminar berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada semua pembentang dan moderator.