Bangi, 10 Februari 2021 - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah membuka tirai tahun 2021 dengan mengadakan Kursus Pemahaman Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah Secara Dalam Talian.Kursus ini telah berlangsung selama dua (2) hari bermula pada 9 hingga 10 Februari 2021. Objektif kursus ini ialah untuk:
Penceramah yang dijemput dalam kursus ini ialah Tuan Shafezan bin Rusli daripada Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pendakwaan syariah.
Semoga dengan terlaksananya kursus ini, diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dalam melahirkan pegawai- pegawai perkhidmatan awam yang kompeten dalam bidang perundangan Islam khususnya serta dapat menyampaikan ilmu dan info mengenai undang-undang syariah di Malaysia kepada masyarakat umumnya ke arah melahirkan masyarakat yang cakna undang-undang.

- Memberi pengetahuan mendalam mengenai Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah dan peruntukan-peruntukan yang berhubung dengannya;
- Meningkatkan kemahiran dalam mentafsir, mentadbir dan melaksanakan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah; dan
- Membentuk sikap profesionalisme dan komitmen yang tinggi ke arah pelaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia.