Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Putrajaya - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 1/2021 pada 25 Mac di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Kota Bharu, Kelantan (Zon Timur), 29 dan 30 Mac di Makmal Komputer, Kompleks Islam Putrajaya (Zon Tengah) dan pada 1 dan 2 April di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau pinang (Zon Utara). Bengkel telah dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai dan Penyelia KAFA yang bertanggungjawab menyelaras data Sekolah Agama dan KAFA di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkemas pengurusan data dan maklumat pendidikan Islam di Malaysia dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) melalui pengemaskinian data Sekolah Agama dan KAFA. Ia juga bagi membincang dan menyelesaikan isu-isu berbangkit berkenaan data dalam SIMPENI.

Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JAKIM ini dikendalikan oleh dua orang fasilitator berpengalaman dalam SIMPENI iaitu Puan Farhana binti Zainol Abidin dan Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali dari BPM. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustazah Fauziah binti razap selaku Ketua Cawangan Pembiayaan dan Pentaksiran, bahagian Pendidikan JAKIM. Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat menghasilkan data Sekolah Agama dan KAFA yang berautoriti untuk rujukan pelbagai pihak.

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 1 2021 1

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 1 2021 2

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 1 2021 3

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 1 2021 4

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 1 2021 5

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 1 2021 6

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama dan KAFA Siri 1 2021 7