Kurator Berita : Darul Quran
13 Ogos 2021 – Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran JAKIM Bil.2/2021 ini dipengerusikan buat pertama kalinya oleh Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee yang baru dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM berkuatkuasa 14 Jun 2021. Mengikut peraturan, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Akademik merangkap Ahli Lembaga Darul Quran JAKIM.

Sebanyak tujuh kertas cadangan telah dibentangkan dalam mesyuarat yang dijalankan secara dalam talian ini. Tujuh kertas yang dibahaskan dalam mesyuarat ini ialah:

  1. Kertas Cadangan Perakuan Keputusan Peperiksaan Akhir Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM (Setahun Setengah) Tahun 2021;
  2. Kertas Cadangan Perakuan Keputusan Peperiksaan Bagi Semester Akhir Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN Tahun 2021;
  3. Kertas Cadangan Perakuan Keputusan Peperiksaan Semester Akhir Program Sijil Asas Tahfiz Al-Quran Darul Quran JAKIM Tahun 2021;
  4. Kertas Cadangan Perakuan Keputusan Peperiksaan Semester Akhir Program Sijil Asas Tahfiz Al-Quran JAKIM-PSAS Tahun 2021;
  5. Kertas Cadangan Perakuan Bergraduat Dan Tamat Pengajian Bagi Program Ijazah Sarjana Muda, Diploma Dan Pensijilan Darul Quran JAKIM Bagi Tahun 2021;
  6. Kertas Cadangan Pencalonan Anugerah Kecemelangan Darul Quran JAKIM Tahun 2021; dan
  7. Kertas Cadangan Mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-29 Tahun 2021.

Mesyuarat ditangguhkan selepas bersidang selama hampir dua jam 30 minit.

Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik DQ Bersidang Kali Kedua Tahun Ini

Sumber berita dari Laman Web Rasmi Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=468