Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Pada 7 - 8 September 2021 bersamaan hari Selasa dan Rabu telah berlangsung Kursus Pendakwah Orang Asli Secara Atas Talian menerusi aplikasi Google Meet. Kursus ini melibatkan pendakwah dalam kalangan Orang Asli sendiri seramai 22 orang peserta. Kursus ini juga telah berlangsung selama 2 hari bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Beberapa slot ceramah dan forum telah disediakan untuk peserta, antaranya disampaikan oleh Ustaz Jasni bin Ajom, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam JHEAINS dengan ceramahnya bertajuk Pendakwah Dan Kepentingannya dan diikuti dengan slot kedua “Dakwah Dari Bicara Turun Ke Hati” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Daud bin Lema, Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan.

Pada hari kedua, program diteruskan dengan slot ceramah oleh Ustaz Wan Masindera bin Juja, Mubaligh Jabatan Agama Islam Pahang dengan tajuk ceramahnya Dakwah Di Lapangan. Beliau banyak berkongsi pengalaman dalam menyampaikan dakwah dalam kalangan Orang Asli. Slot akhir bagi kursus ini, satu forum tentang “Pendakwah Orang Asli: Tradisional Dan Media Baru” yang disampaikan oleh Ustazah Saloni binti Abdullah dari Majlis Agama Islam Selangor dan Ustaz Wan Masindera bin Juja. 2 orang panel ini banyak berkongsi pengalaman berdakwah dengan bangsa dan suku sendiri.

Kursus ini diakhiri dengan Majlis Perasmian oleh Tuan Hj. Roslan bin Said, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM. Beliau berbesarhati dengan program yang dijalankan kerana dapat memberi banyak pendedahan kepada para pendakwah dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Semoga dengan usaha ini dapat menambah ilmu pengetahuan dan memberi galakan kepada para pendakwah lebih berkeyakinan dalam menyebarkan dakwah. Semoga kursus seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang

Program Kursus Pendakwah Orang Asli Secara Atas Talian 1

Program Kursus Pendakwah Orang Asli Secara Atas Talian 2