Kurator Berita : Bahagian Dakwah
15 September 2021, Rabu - Program Sharing is Caring (SiC) Agihan Bakul Makanan diteruskan ke destinasi terakhir ke Zon Selatan iaitu Negeri Johor Darul Takzim.

Pada hari ini, JAKIM turun padang menyalurkan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM melalui Program SiC Zon Selatan dengan kerjasama YaPEIM Johor sebagai pembekal bakul makanan kepada golongan asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negeri Johor.

Sumbangan dari Tabung Musa'adah JAKIM-YWM disampaikan oleh YBrs. Puan Norhalina binti Othman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM kepada YBrs. Tuan Hj Roszamusliadi bin Roslan, Timbalan Pengarah Pengurusan JAINJ dalam majlis simbolik penyerahan di Masjid Negeri Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Replika cek bernilai RM10,000.00 iaitu sebanyak 100 bakul makanan setiap satu mengandungi 10 kilo beras, minyak masak, gula, tepung, sardin dan barangan kering yang lain.

Turut hadir menjayakan majlis tersebut ialah Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Pemasaran & Korporat YWM mewakili KPE Yayasan Waqaf Malaysia. YWM adalah salah sebuah agensi rakan strategik bersama JAKIM dalam menjayakan Program SiC ini dan juga sebagai pengurus kewangan TMC19 JAKIM-YWM.

Menyambut Team SiC Dakwah JAKIM dan wakil YWM serta meraikan majlis simbolik penyerahan ini pegawai-pegawai kanan JAINJ dibarisi oleh Tuan Hj. Anoar bin Sarimin, Timbalan Pengarah Operasi, Tuan Hj. Zambri bin Kambari, KPP Dakwah, Tuan Hj. Mohd. Taufik bin Kiyai Hj. Samsudin, KPP Pengurusan Masjid Dan Surau, Tuan Hj. Us. Dr. Norizam bin Lagiman, PPK Dakwah, Us. Riduan bin Mohd. Roslan, Pegawai Takmir Negeri Johor serta pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD).

Program SIC Negeri Johor 1


Program SIC Negeri Johor 2


Program SIC Negeri Johor 3


Program SIC Negeri Johor 4


Program SIC Negeri Johor 5


Program SIC Negeri Johor 6