Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 30 September – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kelas Pengajian Kitab Turath Bidang Akidah Siri Ke-5 Kitab Jawharah al-Tauhid: Tuhfatul al-Murid secara hibrid sasaran kepada Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S19-48) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi di bawah YB di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Program ini dilaksanakan pada hari Khamis bertarikh 30 September 2021 bersamaan 23 Safar 1443H, jam 9.30 pagi sehingga 11.30 tengah hari melalui medium Google Meet, dan telah mencapai kehadiran 19 peserta.

Objektif program ini diadakan bagi melahirkan pakar rujuk dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, di samping mengetengahkan Pegawai Hal Ehwal Islam yang berkepakaran dalam 3 (tiga) bidang iaitu Fekah, Akidah dan Tassawuf melalui pembelajaran kitab-kitab turath. Menerusi siri-siri Kelas Pengajian Kitab Akidah, pembelajaran berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab dibimbing oleh YBhg. Dr. Mudassir bin Rosder, AJK Fatwa Negeri Melaka dan merupakan mantan pensyarah UKM dengan merujuk kepada Kitab Hashiah Imam Baijuri ‘Ala Jawharah at-Tauhid, al-Musamma Tuhfat al-Murid ‘Ala Jawharah at-Tauhid.

Semoga siri kelas pengajian ini dan siri-siri akan datang berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan bidang ilmu akidah dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam, serta melahirkan kepakaran yang mahir ilmu turath.

Kelas Pengajian Kitab Turath Bidang Akidah Siri Ke 5 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/886-kelas-pengajian-kitab-turath-bidang-akidah-siri-ke-5-kitab-jawharat-at-tauhid-tuhfatul-al-murid