Bahagian Pendidikan JAKIM telah menerima kunjungan hormat daripada Permuafakatan Penolong Kanan Pentadbiran Kuala Terengganu. di bilik mesyuarat al-Khabir aras 2 Blok B Kompleks Islam Putrajaya pada 17 Febuari 2022.
kunjungan hormat Delegasi seramai 20 orang terdiri daripada 14 orang EXCO Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan 6 orang Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu/PPD KT Kuala terengganu bertujuan mengadakan perbincangan dua hala berkenaan pelaksanaan KAFA negeri Terengganu dan isu-isu yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.
Diharapkan perbincangan ini dapat memperkemaskan lagi pengurusan hal ehwal Islam khususnya pengurusan KAFA di Kuala Terengganu.











