21 Julai 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Penolong Pengarah Dakwah Dan Ketua-Ketua Pendaftar Muallaf Seluruh Malaysia Bil. 1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Dewan Syura, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah iaitu YBrs. Tuan Aziz bin Haji Mohamad. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Penolong Pengarah dan Ketua-Ketua Pendaftar Muallaf dari Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia.
Objektif utama mesyuarat ialah menyelaras pengurusan hal ehwal dakwah dan saudara muslim seluruh Malaysia





