Pada 10 Januari 2023, Mesyuarat Pengurusan KAFA Bil.1/2023 & Jamuan Akhir Tahun SPKK 2022 telah diadakan di Ibis Style Hotel Kota Bharu. Mesyuarat ini dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) & Kelab SPKK melibatkan kehadiran Warga SPKK seramai 33 orang.
Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah berkaitan isu-isu berbangkit sepanjang tahun 2022 dan perancangan bagi tahun 2023. Mesyuarat selesai pada jam 1.50 tengah hari dan diteruskan dengan majlis jamuan akhir tahun serta sesi bergambar kenangan.







