PUTRAJAYA, 18 Januari 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Maqasid Syariah telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Cetakan Edisi Baharu Buku Adab Al- Ikhtilaf Fil Islam (Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam) Karya Prof. Dr. Taha Jabir Fayyadh Al- ‘Alwani Siri 1/2023 pada 16 dan 17 Januari 2023 bertempat di Dewan Syura B, Aras 2 , Blok B Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel yang telah diadakan dengan kerjasama Angkatan belia Islam Malaysia (ABIM) bertujuan untuk menyemak manuskrip buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam yang telah diterbitkan oleh ABIM. Bengkel ini melibatkan seramai 20 orang peserta dari JAKIM, ABIM dan JAWI.