Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 13 hingga 15 Mac 2023 Bahagian Pendidikan JAKIM dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melaksanakan Program Transformasi Penyelia KAFA Zon Tengah yang bertempat di Kalumpang Resort and Training Centre, Tanjung Malim. Peserta program 3 hari ini adalah seramai 40 orang di kalangan Penyelia KAFA negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Program ini diadakan adalah bagi mencapai objektif seperti berikut:
  • Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan dan tanggungjawab Penyelia KAFA.
  • Memastikan pembudayaan, pengorganisasian dan pelaksanaan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  • Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang penambahbaikan prosedur kerja yang telah dilaksanakan dalam pengurusan KAFA.
  • Menjalinkan kerjasama dan hubungan dua hala dalam mendapatkan idea dan pandangan serta cadangan penambahbaikan berkaitan fungsi dan peranan Jabatan ini dalam meningkatkan kebolehupayaan dan komitmen penyelia dalam tugasan yang telah ditetapkan.

Sepanjang 3 hari pelaksanaan program ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian ilmu antara ialah:​
  • Taklimat Peraturan-Peraturan Program KAFA TAHUN 2022
  • Imej dan Etika berpakaian bagi penjawat awam
  • Majlis ramah mesra dan penyampaian amanat oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM
  • Taklimat Perkhidmatan Penyelia KAFA & semak buku perkhidmatan
  • Pengurusan Tapisan Keselamatan Peribadi
  • Aktiviti outdoor ( Explorace, sukaneka dan river crossing)

Manakala majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh wakil YBhg. Pengarah JAIS iaitu Tuan Anas bin Ayob selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam JAIS. Turut hadir adalah Usth Jamilah bt. Muhammad Jamil Ketua Penolong Pengarah Cawangan Jaminan Kualiti Bahagian Pendidikan, JAKIM. Diharapkan juga dengan adanya program seperti akan dapat mengekalkan hubungan strategik antara JAKIM dengan Agensi Pelaksana KAFA negeri dalam memantap dan memperkasakan Program KAFA dari pelbagai aspek. Mengekalkan penyelia yang terus berperanan bagi memastikan program KAFA dapat dilaksanakan mengikut peraturan dan KPI yang telah ditetapkan.

JAKIM JAIS Laksana Program Transformasi KAFA Zon Tengah 1

JAKIM JAIS Laksana Program Transformasi KAFA Zon Tengah 2

JAKIM JAIS Laksana Program Transformasi KAFA Zon Tengah 3

JAKIM JAIS Laksana Program Transformasi KAFA Zon Tengah 4

JAKIM JAIS Laksana Program Transformasi KAFA Zon Tengah 5

JAKIM JAIS Laksana Program Transformasi KAFA Zon Tengah 6