Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali ke-109 telah diadakan pada 14 hingga 16 Mac 2023 bersamaan 21 hingga 23 Syaaban 1444H di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Sahibus Samahah Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan telah membincangkan sebanyak tujuh kertas perbahasan merangkumi bidang perubatan, muamalat dan ibadah.

Bagi mendapatkan maklumat yang terperinci berkaitan sesuatu isu yang dibahaskan, mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh wakil Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju dua kertas perbahasan akan diangkat untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) berkaitan isu muamalat yang dilihat bersifat nasional untuk diperbincangkan di kalangan para mufti dan ahli muzakarah.

Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali ke 109 7

Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali ke 109 1

Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali ke 109 2

Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali ke 109 3

Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali ke 109 4

Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali ke 109 5

Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali ke 109 6

Mesyuarat Panel Pakar Syariah JAKIM Kali ke 109 8