SELANGOR, 21 JUN 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan Bil. 4 telah diadakan pada 21 Jun 2023 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datin Paduka Zaharah binti Ibrahim.
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan status semasa penggubalan undang-undang dan status gerak kerja pasukan petugas (task force) yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan.







