Program ini dimulakan dengan Majlis Perasmian dan taklimat program di Masjid Kota Raja Klang, Selangor dan diteruskan dengan kunjungan ke 30 buah rumah klien dadah terpilih di sekitar Klang, Selangor.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi sokongan kerohanian kepada klien dadah di samping memberi pendedahan kepada para Sukarelawan Sosial Islam dalam menyantuni komuniti ini.
Sekalung penghargaan kepada pihak MAIS yang telah menyediakan kit solat dan toiletries, pihak YaPEIM yang telah menyediakan kotak barangan keperluan asas dan rakan-rakan strategik yang turut menyumbang iaitu Fraser & Neave Holdings Bhd dan Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd kepada 100 penerima klien dadah yang terpilih di sekitar Klang, Selangor.
Majlis perasmian program ini diserikan dengan kehadiran YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bah. KSK JAKIM dan Tuan Rosydan bin Haron, Penolong Pengarah Rawatan dan Pemulihan AADK Negeri Selangor.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang menjayakan program outreach kali ini. Semoga ia dapat memberi suntikan semangat buat klien dan keluarga dalam mengharungi kehidupan yang lebih baik.









