Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Menangani Gejala Sosial Bilangan 1 Tahun 2024 telah dilaksanakan pada 14 Ogos 2024 di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM dengan dihadiri oleh 30 orang ahli mesyuarat mewakili Jabatan Agama Islam Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri.

Kertas Taklimat Pengoperasian Rumah Perlindungan Majlis Agama Islam Selangor ( Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan) telah dibentangkan oleh YBrs. Fadzirul Akmal bin Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Ar-Riqab MAIS.

YBrs. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bersama-sama ahli mesyuarat mengambil kesempatan untuk mengadakan lawatan sambil menyantuni pelatih wanita yang berada di pusat perlindungan.

Terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor selaku tuan rumah dan semua agensi serta ahli Jawatankuasa Kerja atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penganjuran mesyuarat kali ini.


WhatsApp Image 2024 08 14 at 16.23.34

WhatsApp Image 2024 08 14 at 16.23.35

WhatsApp Image 2024 08 14 at 16.23.36

WhatsApp Image 2024 08 14 at 16.23.37

WhatsApp Image 2024 08 14 at 16.23.38

WhatsApp Image 2024 08 14 at 16.23.39