Kurator Berita : Darul Quran
28 September 2014 - Program Tahsin Al-Quran yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini dianjurkan oleh mahasiswi Darul Quran JAKIM Semester Satu, Kelas Ilmu Tajwid (K8) dengan kerjasama Jabatan Quran & Qiraat, Cawangan Akademik Darul Quran JAKIM dan SK Ampang Pecah.

Tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswi Darul Quran mempraktikkan ilmu tajwid yang dipelajari serta membantu para peserta memahami kaedah bacaan Al-Quran yang betul. Di samping itu, program ini juga bertujuan memperbaiki kesilapan bacaan, meningkatkan penguasaan tajwid, serta memupuk amalan membaca Al-Quran dalam kalangan peserta.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Tahsin qiraah, klinik Fatihah, permainan tajwid, kuiz, dan cabutan bertuah, bagi menarik minat peserta dan mengeratkan hubungan sesama mereka. Seramai 50 orang pelajar darjah 4 terlibat dalam program ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Azlina Binti Ahmad, Guru Besar SK Ampang Pecah. Turut hadir adalah Ustaz Ahmad Dasuki Hashim, Pensyarah Ilmu Tajwid Kelas K8 merangkap Ketua Penyelaras Program, serta Puan ‘Afaf binti Mohd Yusop, Penolong Kanan Pentadbiran SK Ampang Pecah.


Program Tahsin 2024 01

Program Tahsin 2024 02

Program Tahsin 2024 03

Program Tahsin 2024 04

Program Tahsin 2024 05

Program Tahsin 2024 06

Program Tahsin 2024 07

Program Tahsin 2024 08

Program Tahsin 2024 09


Program Tahsin 2024 10

Program Tahsin 2024 11

Program Tahsin 2024 12