03 Oktober 2024 - Seramai 70 huffaz telah selesai menduduki peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia Siri 2 yang dijalankan di tiga lokasi berbeza iaitu Darul Quran JAKIM (Zon Tengah), Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), Kedah (Zon Utara) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut, Terengganu (Zon Timur).
Para huffaz yang hadir dinilai dari sudut hafazan dan penulisan yang merangkumi beberapa komponen penilaian iaitu Hifz Al-Quran Syafawi, Hifz Al-Quran Tahriri dan juga Pengetahuan Agama Islam yang meliputi subjek Aqidah, Fiqh Ibadah, Tajwid, Ulum Quran dan Ulum Hadith.
Calon juga perlu mendapat sekurang-kurangnya 50% purata markah keseluruhan bagi mendapat markah minima untuk lulus dan layak memperoleh sijil.
Semoga peperiksaan STM ini melahirkan lebih ramai para huffaz profesional sekaligus mengiktiraf hafazan mereka









