24 Oktober 2024 - Darul Quran JAKIM melalui Cawangan Akademik telah mengadakan Taklimat Pengurusan Sistem MyDQ kepada Penyelaras akademik Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Darul Quran JAKIM-IPT berkolaborasi bertempat di smart Lab Darul Quran Jakim. Seramai 16 orang penyelaras yang terdiri daripada Penyelaras Akademik di IPT Berkolaborasi telah menghadiri taklimat yang diadakan pada hari ini.
Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada wakil @ Penyelaras Akademik di IPT berkolaborasi berkaitan cara penggunaan Sistem MyDQ seterusnya melatih penyelaras untuk mengisi maklumat yang berkaitan melalui sesi praktikal di akhir sesi taklimat.
Taklimat Pelaksanaan Sistem MyDQ telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik, Ustaz Ahmad Fuat bin Jamil. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh KPP Seksyen Pentadbiran Akademik Darul Quran JAKIM, Ustazah Nur Hafidzah binti Haji Saad. Darul Quran JAKIM mengharapkan semua penyelaras Akademik di IPT berkolaborasi mendapat maklumat yang selaras berkaitan penggunaan Sistem MyDQ.









