Kurator Berita : Darul Quran
8 November 2024 - 30 orang kakitangan Darul Quran JAKIM telah mengikuti Kursus Kayak One Star yang dianjurkan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar. Kursus ini telah disampaikan oleh En. Mohamad Faizul bin Abdul Hamid dan En. M. Noor Ismail bin Mohammad Rais daripada Malaysia Canoe Association (MASCA).

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan keselamatan bagi aktiviti air dan kemahiran berkaitan sukan kayak kepada para peserta.

Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi memperkasa kemahiran peserta dalam aktiviti air dan sukan kayak.

DQ kayak 01


DQ kayak 02

DQ kayak 03

DQ kayak 04

DQ kayak 05