Kurator Berita : Darul Quran
13 Februari 2025 - Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) USIM telah mengadakan Lawatan Audit Akademik bertempat di Dewan Syura Utama, Darul Quran. Lawatan ini bertujuan mengaudit pengurusan program sesi akademik A231/A232 tahun 2023/2024.

Pengauditan meliputi fail PdP Pensyarah yang diintegrasikan dengan Google Drive, pengurusan akademik, kualiti, latihan industri, latihan ilmiah, dan aktiviti pelajar.

Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran, YBrs. Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim manakala delegasi auditor dari USIM diketuai oleh Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, YBrs. Dr. Rabiatul Adawiyah binti Mohd @ Amat.

FPQS USIM berpuas hati dengan pengurusan program Ijazah di Darul Quran dan mencadangkan penambahbaikan dalam pembahagian skop tugasan untuk pengurusan yang lebih sistematik.

Majlis penutup audit dipengerusikan oleh Pendaftar Darul Quran, Encik Azizuddin bin Mohd Hashim. Semoga kerjasama antara USIM dan Darul Quran terus cemerlang dalam melahirkan huffaz berintelek tinggi.


Lawatan Audit Akademik Program Ijazah USIM di Darul Quran JAKIM 01

Lawatan Audit Akademik Program Ijazah USIM di Darul Quran JAKIM 02

Lawatan Audit Akademik Program Ijazah USIM di Darul Quran JAKIM 03

Lawatan Audit Akademik Program Ijazah USIM di Darul Quran JAKIM 04

Lawatan Audit Akademik Program Ijazah USIM di Darul Quran JAKIM 05