Kurator Berita : Darul Quran
Selandar, 7 Februari 2025 – Satu lawatan tapak telah diadakan oleh pihak Darul Quran JAKIM ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar bagi membincangkan serta menjalin kerjasama dalam pelaksanaan Program Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB).

Delegasi Darul Quran yang diketuai oleh Ustazah Wan Najmiah Binti Wan Mohamad Ali, Timbalan Pengarah (Kualiti) dan beberapa pegawai kanan Darul Quran telah disambut mesra oleh Ts. Rostam Bin Hashim, Pengarah ILP Selandar serta pegawai-pegawai pengurusan dan tenaga pengajar ILP Selandar.

Kunjungan pada kali ini merupakan langkah susulan ke arah merealisasikan hasrat ILP Selandar ke arah menjadi Pusat Pembelajaran Bertauliah (PBB) bagi Sijil Perakuan Hafazan Bertahap.

Perbincangan yang diadakan menumpukan kepada peluang kolaborasi antara kedua-dua institusi dalam menawarkan program SPHB, yang menggabungkan elemen kemahiran hafazan al-Quran dengan teknikal dan vokasional. Kerjasama ini dijangka memberi manfaat kepada pelajar tahfiz dalam usaha Kerajaan mengiktiraf para huffaz di Malaysia.

Selain sesi perbincangan, delegasi Darul Quran turut dibawa melawat kemudahan yang terdapat di ILP Selandar, termasuk bengkel latihan, makmal teknologi, serta fasiliti pengajaran. Lawatan ini memberi gambaran jelas mengenai keupayaan ILP dalam menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar yang bakal mengikuti program SPHB.


lawatan tapak Darul Quran JAKIM ke Institut Latihan Perindustrian ILP Selandar 01

lawatan tapak Darul Quran JAKIM ke Institut Latihan Perindustrian ILP Selandar 02

lawatan tapak Darul Quran JAKIM ke Institut Latihan Perindustrian ILP Selandar 03

lawatan tapak Darul Quran JAKIM ke Institut Latihan Perindustrian ILP Selandar 04

lawatan tapak Darul Quran JAKIM ke Institut Latihan Perindustrian ILP Selandar 05

lawatan tapak Darul Quran JAKIM ke Institut Latihan Perindustrian ILP Selandar 06

lawatan tapak Darul Quran JAKIM ke Institut Latihan Perindustrian ILP Selandar 07