PUTRAJAYA, 18 - 19 FEBRUARI 2025 – Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) yang digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam penyampaian Kursus Praperkahwinan Islam seluruh Malaysia. Bengkel ini dilaksanakan bagi mengemaskini kandungan modul tersebut agar relevan untuk dilaksanakan kepada masyarakat. Sebanyak 3 siri bengkel akan diadakan bagi memastikan kandungan yang disemak dapat memenuhi keperluan sasaran serta hasil kualiti yang memuaskan.
Seramai 27 orang penggubal dari kalangan master trainer kepada penceramah Kursus Praperkahwinan Islam dan penyelaras Praperkahwinan Islam dari seluruh Malaysia terlibat dalam bengkel yang diadakan.



















