17 Feb 2025 - Majlis Sambutan Pelajar baharu Program Sijil Asas Tahfiz (SAT) telah diadakan di Auditorium Darul Quran pada pagi ini dalam suasana ceria dan santai. Seramai 5 orang pelajar telah mendaftar sebagai pelajar baharu Program SAT setelah berjaya dalam sesi temuduga baru - baru ini. Seorang daripadanya adalah daripada kategori OKU Masalah Penglihatan manakala 4 orang lagi daripada kategori Pribumi Sabah.
Majlis juga diserikan dengan sedikit perkongsian dan kata-kata semangat yang telah disampaikan oleh saudara Abdul Majid bin Mohd Yusoff, Pegawai dari Yayasan al-Fitrah merangkap alumni Program Sijil Tahfiz al-Quran OKUMP Sesi 2008. Majlis sambutan pelajar baharu ini telah dirasmikan oleh Pendaftar Darul Quran, Encik Azizuddin bin Mohd Hashim yang mewakili Pengarah.
Program Sijil Asas Tahfiz ini merupakan penjenamaan semula kepada Program Sijil Tahfiz OKUMP (Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan) yang telah dijalankan sejak tahun 2008. Bermula pada tahun 2017, program ini telah dikembangkan kepada beberapa kategori pelajar khas yang lain seperti kategori OKU Masalah Penglihatan, Muallaf, Orang Asli, Etnik Pribumi Sabah atau Sarawak dan pelajar luar negara minoriti Muslim.
Pelajar-pelajar Program SAT diwajibkan untuk menghafaz al-Quran juzuk 1 hingga juzuk 10 di samping subjek-subjek yang lain dalam tempoh pengajian selama 12 bulan (3 semester).







Pelajar-pelajar Program SAT diwajibkan untuk menghafaz al-Quran juzuk 1 hingga juzuk 10 di samping subjek-subjek yang lain dalam tempoh pengajian selama 12 bulan (3 semester).






