Kajang , 26 Februari 2025 (Rabu), 09.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), Kompleks Penjara Kajang, Selangor telah diadakan Sesi Libat Urus Pengajian Al-Quran dan Ramah Mesra bersama Ketua Unit Agama Institusi Penjara Seluruh Malaysia.
YBrs. Dr Zamil Mohd Bin Bahall, Timbalan Pengarah (Agama) Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) telah menyambut deligasi JAKIM yang diketuai oleh Ustaz Mohd Zaini Ramli, KPP BDKI JAKIM.
Sesi libat urus ini telah disertai oleh 60 orang Ketua Unit Agama (Pegawai Kader JAKIM) daripada penjara seluruh Malaysia. Ia memberi kesempatan kepada pegawai Kader JAKIM untuk berkongsi maklumat, pengalaman dan menyelaras isu-isu pengurusan kader di institusi penjara. Maklumat ini akan diangkat ke Pengurusan Tertinggi JAKIM bagi tujuan melaksanakan penambahbaikkan bagi tujuan meningkatkan profesionalisme perkhidmatan kader JAKIM khususnya di institusi penjara seluruh negara.







