Kurator Berita : Bahagian Dakwah
PUTRAJAYA, — Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf Seluruh Malaysia Bil. 1/ 2025 telah diadakan pada 22 April 2025 di Kompleks Islam Putrajaya yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail. Mesyuarat yang dihadiri Pendaftar Mualaf Negeri daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Ketua Jabatan Pembangunan Mualaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta pegawai-pegawai kanan JAKIM telah membincangkan beberapa isu bagi menyelaras dasar serta amalan terbaik dalam pengurusan mualaf di seluruh negara.

Beberapa kertas telah dibentang dalam mesyuarat kali ini, antaranya cadangan penganjuran Konvensyen Mualaf MADANI Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini sebagai platform strategik untuk memperkasa suara dan peranan mualaf dalam masyarakat. Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah memperincikan inisiatif Sukarelawan Rakan Ziarah (SRZ) yang bertujuan berkongsi usaha untuk memperkukuh jaringan sokongan sosial kepada mualaf melalui pendekatan komuniti dan penyertaan masyarakat.

Melalui perbincangan yang berlangsung, ahli mesyuarat berpeluang bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada golongan mualaf, selaras dengan tuntutan dakwah kontemporari dan keperluan masyarakat majmuk negara ini. Pendekatan ini sejajar dengan hasrat JAKIM untuk memastikan pengurusan mualaf dilaksanakan sejajar dengan Pelan Transformasi Al-Falah menuju MALAYSIA MADANI.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf Seluruh Malaysia Bil 1 01

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf Seluruh Malaysia Bil 1 02

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf Seluruh Malaysia Bil 1 03

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf Seluruh Malaysia Bil 1 04

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendaftar Mualaf Seluruh Malaysia Bil 1 05