26 – 29 Mei 2025 / 28 Zulkaedah – 1 Zulhijjah 1446H / De Palma Resort, Kuala Selangor
𝑲𝑼𝑨𝑳𝑨 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑵𝑮𝑶𝑹 | JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan program tahunan yang mengumpulkan seluruh Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ di Malaysia sebagaimana berikut :
- Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (KPNCR) Seluruh Malaysia kali ke-50 Tahun 2025;
- Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (KPNCR) dan Ketua-Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (KPJKSN) / Mahkamah Syariah Negeri (MSN) Seluruh Malaysia yang ke-15 Tahun 2025 dengan kerjasama Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Persidangan KPNCR ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Manakala persidangan KPNCR & KPJKSN / MSN dipengerusikan secara bersama oleh YBrs. Tuan Haji Norizan Bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan YBrs. Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Ketua Pendaftar JKSM.
Persidangan ini menjadi platform penting untuk mendapatkan maklumat, membincangkan isu-isu serta penyelarasan antara Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kehakiman Syarian Negeri. Dihadiri oleh para Ketua Pendaftar NCR dan Ketua Pendaftar JKSN/MSN dari seluruh Malaysia, serta pegawai terlibat serta urus setia JAKIM dan JKSM.
Dengan matlamat yang jelas, persidangan kali ini menggariskan agenda penting termasuk pembentangan tiga (3) kertas cadangan dan tiga (3) kertas makluman. Kertas-kertas tersebut ialah :
- Tajuk : Kertas Cadangan Penggunaan Sijil Digital Kursus Praperkahwinan Islam Anjuran Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
Oleh : Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)
- Tajuk : Kertas Cadangan Pengurusan Perkahwinan Oleh Pendaftar NCR Orang Islam Di Suruhanjaya / Konsular / Kedutaan Melalui SPPIM
Oleh : Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM
- Tajuk : Kertas Cadangan Pengesahan Dokumen Pernikahan Melalui SPPIM
Oleh : Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM
- Tajuk : Kertas Makluman Status Perlaksanaan SPPIM
Oleh : Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM
- Tajuk : Kertas Makluman Laporan Kajian Pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam
Oleh : Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
- Tajuk : Kertas Makluman Laporan Penilaian Keberkesanan Kursus Pascaperkahwinan Islam Bagi Tahun 2024
Oleh : Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Manakala persidangan KPNCR dan KPJKSN / MSN turut dibentangkan 2 kertas makluman, iaitu :
- Tajuk : Kertas Makluman Kajian Kes Mahkamah : Punca Perceraian
Oleh : KPNCR, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Tajuk : Kertas Makluman Pelaksanaan Kaedah 4P Khas Warga Kedah-Burma di Negeri Pahang.
Oleh : KPNCR, Jabatan Agama Islam Pahang
Di samping persidangan, telah diadakan juga bengkel pengurusan hal ehwal perkahwinan perceraian dan ruju’. Bengkel tersebut merangkumi:
- Bengkel Memuktamadkan Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (Permohonan 4P).
- Bengkel Garis Panduan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Malaysia.
- Bengkel Garis Panduan Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Luar Negara.
Sebagai rekod, Permohonan 4P adalah satu prosedur yang digunakan untuk mengesahkan dan mendaftarkan perkahwinan yang belum didaftarkan, sama ada perkahwinan yang dijalankan di dalam atau luar Malaysia. Prosedur ini bertujuan untuk melancarkan dan menyelaraskan proses permohonan pengesahan dan pendaftaran perkahwinan yang bertentangan dengan Undang-undang Keluarga Islam (UUKI).
Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Paduka Saudah Binti Sulaiman, Anggota Majlis Agama Islam Selangor yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Wanita, Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS).









