Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Bangi, Selangor – Program rintis Modul Kompetensi Hakim Pelapis Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) telah berlangsung dari 16 hingga 20 Jun 2025 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Bangi yang diurussetiakan oleh Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar (BKHL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Program ini disertai oleh hakim tilawah dan hafazan yang mewakili negeri masing-masing. Pengisian kursus disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, antaranya ialah Puan Intan Syahrina binti Zainal Abidin (Pengenalan dan Peraturan MTHQK), Encik Mohd Ridzuwan bin Wari (Pemarkahan Dengan Sistem IT), Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohamad (Tajwid dan Kaedah Pemarkahan), Tuan Haji Amirahman bin Abas (Taranum dan Kaedah Pemarkahan), Tuan Haji Abdul Karim bin Zakaria (Fasahah dan Kaedah Pemarkahan), Tuan Haji Radzi Kamarul Hailan (Suara dan Persembahan serta Kaedah Pemarkahan), Tuan Haji Ehsan bin Mohd Hosni (Hafaz dan Lancar serta Kaedah Pemarkahan), Encik Muhammad Sariman bin Abd Manap (Pengenalan Penyiaran dan Media), Tuan Haji Ahmad Tirmizi bin Haji Ali (Fatih dan Munabbih), Encik Majdi bin Mohamad Nor (Protokol dan Majlis Rasmi).

Program rintis modul ini amat penting bagi menilai kebolehlaksanaannya agar dapat memenuhi keperluan ke arah melahirkan hakim pelapis yang kompeten. Sepanjang lima (5) hari pelaksanaan kursus ini, semua peserta yang terdiri daripada hakim tilawah dan hafazan peringkat negeri amat teruja dan memberi kerjasama yang baik. Sesi perkongsian dan simulasi pemarkahan dengan berpandukan peraturan baharu MTHQK telah membuka ruang perbincangan yang membina dalam memperkukuh aspek penghakiman.

Di akhir sesi, Prof. Madya Dr. Abd Rauf bin Tan Sri Hassan selaku fasilitator dan panel pembimbing telah membentangkan ulasan dan cadangan penambahbaikan. Pihak urus setia kekal komited dan optimis ke arah merealisasikan hasrat murni ini selari dengan aspirasi kerajaan MADANI terus bekerja menuju al-falah.

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 01

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 02

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 03

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 04

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 05

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 06

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 07

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 11

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 08

KURSUS KOMPETENSI HAKIM PELAPIS MTHQK 09