Kurator Berita : Darul Quran
26 Jun 2025 - Persatuan Mahasiswa Darul Quran (PMDQ) dengan kerjasama Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Kempen Derma Darah Darul Quran yang bertempat di Dewan Muktamar Darul Quran, JAKIM.

Kempen ini berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan terbuka kepada semua warga Darul Quran khususnya pelajar dan juga kakitangan. Matlamat utama kempen ini adalah untuk membantu menambah bekalan darah negara serta memupuk semangat kesukarelawanan dan keprihatinan dalam kalangan warga Darul Quran.

Kempen ini juga telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ramai yang hadir secara walk-in, membuktikan semangat solidariti dan keprihatinan terhadap masyarakat.

Selain itu, turut diadakan sesi penyampaian cenderahati kepada petugas Pusat Darah Negara yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Zaki bin Ibrahim (Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Hal Ehwal Pelajar) sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian hadir memberikan kerjasama dalam menganjurkan kempen derma darah ini.

Justeru, PMDQ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pusat Darah Negara, para penderma serta semua yang terlibat dalam menjayakan kempen ini. Semoga setiap titisan darah yang didermakan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Kempen Derma Darah Darul Quran 2025 01

Kempen Derma Darah Darul Quran 2025 02

Kempen Derma Darah Darul Quran 2025 03

Kempen Derma Darah Darul Quran 2025 04