Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN, 15-17 OGOS 2025 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Markas Tentera Udara, Cawangan Agama  telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat TUDM 2025 pada 15 hingga 17 Ogos 2025 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Peserta kursus adalah seramai 14 pasangan suami isteri (28 orang) yang terdiri daripada kakitangan TUDM yang telah melalui tempoh perkahwinan 6 hingga 10 tahun. Kursus ini bertujuan untuk  untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr Nurfhadilah binti Ludin, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Rembau, Negeri Sembilan, Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En Mohammad Farid bin Badzil selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Motivasi dan Pengurusan Psikologi oleh YM Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil selaku Penolong Pengarah Kanan JHEAINS serta Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ainur Robbani bin Nasohah, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Seremban. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En Mohd Firdauz bin Mohd Syurkan dan En Muhamad Asri bin Abd Razak.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Brig. Jeneral Junairi bin Baharom TUDM, Asisten Ketua Staf Tadbir, Markas Tentera Udara.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat TUDM 2025. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

ji1

ji2

ji3

ji4

ji5

ji6

ji7

ji8

ji9

ji10