Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 – Darul Quran JAKIM telah menyertai pameran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-65 Tahun 2025 yang berlangsung di WTC Kuala Lumpur bermula dari 3 hingga 9 Ogos 2025.
Selain Darul Quran, pameran kali ini turut berkongsi ruang pameran bersama Bahagian Pendidikan JAKIM, Bahagian Penerbitan JAKIM, Bahagian Falak, serta Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti. Penyertaan Darul Quran dalam reruai pameran ini menawarkan perkhidmatan Tahsin Bacaan Surah al-Fatihah.
Reruai Darul Quran menarik perhatian ramai pengunjung, khususnya mereka yang ingin memperbetulkan bacaan Surah al-Fatihah dan membuat tempahan penulisan khat. Diharapkan penyertaan Darul Quran dalam pameran kali ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.





