𝟏𝟗 - 𝟐𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 - 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐑𝐞𝐦𝐛𝐚𝐮, 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri Rembau Negeri Sembilan telah menjadi tempat latihan selamat 3 hari 2 malam kepada 97 orang peserta TOT Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI – PPMD JAKIM siri 1. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Daerah (PPMD) JAKIM di seluruh Semenanjung Malaysia.
Program kerjasama antara JAKIM dan Akademi Kenegaraan Malaysia ini bertujuan bagi melantik PPMD JAKIM sebagai Sahabat Penggerak MADANI AKM dan memantapkan kemahiran mereka sebagai penyampai maklumat berkaitan dengan kenegaraan dan seterusnya menyokong pelaksanaan program-program yang bakal dijalankan.
Empat elemen utama kenegaraan menjadi teras kepada kursus ini iaitu sejarah negara, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Encik Hazli bin Hj. Hamzah, Ketua Seksyen Penjawat Awam Bahagian Eksekutif AKM. Peserta juga melaksanakan aktiviti berkumpulan yang menjurus kepada kaedah komunikasi berkesan.
Program ini diurusetiakan bersama oleh Bahagian Maqasid Syariah dan Bahagian Dakwah JAKIM. Majlis penutup program disempurnakan oleh Tuan Hj. Nor Azamir bin Hj. Alias, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM.











