Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
AUDITORIUM TUANKU CANSELOR UniPSAS, PAHANG, 3 OKTOBER 2025 - JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pusat Kutipan Zakat Pahang dan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) telah menganjurkan Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pahang bertempat di Auditorium Tuanku Canselor UnIPSAS.

Menariknya peserta seminar kali ini kesemuanya merupakan kaum lelaki warga Kuantan seramai hampir 300 orang. Ini bertepatan dengan tujuan seminar untuk memperkukuh kefahaman tentang tanggungjawab dan peranan lelaki sebagai qawwam dalam Islam terhadap keluarganya dan masyarakat, disamping menangani isu-isu sosial yang berkait dengan pengabaian tanggungjawab lelaki kepada keluarga.

Dua pembentangan dibawakan dalam seminar ini. Pembentangan pertama dengan topik “Qawwam dan Amanah Rezeki: Pengurusan Kewangan Muslim" dibawakan oleh Ustaz Felza Zulrrafaaee bin Abdul Hamid. Pembentangan kedua menampilkan penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zul Ramli bin Mohamed Razali dengan topik “Qawwam: Peranan Lelaki dalam Membangun Keluarga dan Negara".

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Rasmawi bin Harun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP. Turut hadir, Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian KSK JAKIM, dan Prof Madya Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UnIPSAS.

Diharapkan seminar ini dapat membuka mata masyarakat tentang kepentingan memperkukuh peranan lelaki dalam keluarga, khususnya bagi menangani isu keganasan rumah tangga, pengabaian nafkah dan pendidikan anak, serta keruntuhan institusi kekeluargaan dan sosial. Semoga dengan kefahaman yang mendalam tentang konsep Qawwam, para lelaki akan lebih bersedia memikul amanah dengan hikmah dan kasih sayang, demi membina keluarga dan masyarakat yang sejahtera.

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pahang 01

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pahang 02

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pahang 03

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pahang 04

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pahang 05

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pahang 07

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pahang 08

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Pahang 09