PUTRAJAYA | JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan pertemuan di antara Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Kementerian Luar Negeri (KLN) bersama Pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara berkaitan isu-isu hal ehwal nikah, cerai dan rujuβ bagi warganegara Indonesia yang berkahwin dengan warganegara Malaysia.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JAKIM ini menjadi platform penting untuk berkongsi maklumat dan membincangkan isu-isu berkaitan dokumen pengenalan diri dan sebagainya. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pegawai Konsular dan wakil setiap bahagian KBRI, para Ketua Pendaftar NCR dan wakil JAIN, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah-pengarah Bahagian JPN, wakil KLN, dan Penasihat Undang-Undang, JAKIM.
Dengan matlamat yang jelas, mesyuarat ini bertujuan :
a. Membincangkan isu-isu berkaitan permohonan kebenaran berkahwin bagi warganegara Indonesia yang berada dalam Malaysia khususnya;
b. Mengenal pasti keperluan dokumentasi bagi urusan permohonan berkahwin, urusan penceraian dan rujuβ terutama dokumen pengenalan diri pemohon;
c. Membincang dan mencari penyelesaian kepada kes-kes yang rumit, termasuk taraf kewarganegaraan, pasport sebagai pengenalan diri, pengiktirafan sijil dan dokumen, serta isu-isu yang berkaitan dengan pendaftaran anak-anak hasil perkahwinan ini; dan
d. Menyelaras perkara-perkara lain yang berbangkit bagi membantu memudahkan pemohon untuk membuat permohonan kebenaran berkahwin.
Sebagai rekod, mesyuarat ini sangat penting bagi menjalin hubungan kerjasama di antara kedu-dua Negara selain daripada tujuan yang telah dinyatakan. Hubungan kekeluargaan rentas sempadan yang dibina ini memerlukan satu mekanisme penyelarasan yang kukuh agar setiap keputusan dan tindakan yang diambil selari dengan undang-undang syarak dan undang-undang Negara masing-masing, serta melindungi hak dan kebajikan kedua-dua pihak.
#ππ’ππ’πΊπ΄πͺπ’ππ’π₯π’π―πͺ



















